Khamis, 12 Januari 2017

STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2. TARGET 2017

PROSES PENGORGANISASIAN [TARGET PANAS 2017] [BAHAGIAN C]
F1- PENENTUAN OBJEKTIF
H- Mengenalpasti matlamat organisasi dan objektif setiap jabatan dalam organisasi dan objektif perlu selari dengan usaha untuk mencapai matlamat organisasi.
C- Matlamat organisasi perniagaan yang ditetapkan oleh pengurus adalah untuk meningkatkan 10% keuntungan. Maka pengurus harus membentuk objektif pengorganisasian seperti meningkatkan koordinasi kerja agar kos pengeluaran dapat dikurangkan 5%. Objektif bahagian pemasaran pula adalah mengkordinasi usaha jurujual agar dapat meningkatkan jualan 20%. Oleh itu, objektif setiap jabatan juga boleh mewujudkan penyelarasan usaha pekerja dan melincinkan proses pengorganisasian
F2- PENGENALPASTIAN AKTIVITI
H- Mengenalpasti aktiviti-aktiviti perniagaan secara terperinci supaya memahami aktiviti-aktiviti tugas yang kritikal agar dapat membuat pengorganisasian dengan cekap dan berkesan
C- Aktiviti utama bagi sebuah perniagaan runcit pasar raya melibatkan penstoran, penyusunan, melayan pelanggan, pembelian, penghantaran, pembungkusan, kewangan, simpan kira-kira dan sebagainya
F3- PENGELASAN AKTIVITI
H- Membuat perincian segala aktiviti kerja mengikut kemahiran dan kecekapan pekerja dan pihak pengurusan
C- Dalam kes pasaraya di atas aktiviti yang terlibat boleh dikelaskan mengikut aktiviti jualan yang mungkin melibatkan berpuluh orang pekerja dan berbagai produk untuk dijual. Aktiviti bahagian setor yang mungkin melibatkan berbagai produk memandangkan pasaraya adalah perniagaan yang besar. Pengelasan aktiviti dibuat mengikut pengkhususan dan persamaan tugas
F4- PENGELOMPOKAN AKTIVITI
H- Pengurus mengumpul aktiviti mengikut kategori dan merancang pembahagian tugas-tugas yang telah dibuat pengelasan mengikut fungsi tertentu. Pengurus cuba mengelompokan aktiviti kerja mengikut kemahiran, kecekapan dan pengalaman pekerja
C- Contohnya seperti berdasarkan fungsi pemasaran, pengeluaran, kewangan dan pentadbiran. Kerja-kerja yang berkaitan dengan jualan, promosi, iklan, penghantaran dan lain-lain aktiviti yang relevan dikelompokkan di bawah fungsi jabatan pemasaran, begitu juga kerja-kerja yang lain boleh dikelompokkan mengikut fungsi yang berkaitan dan mudah diurus. Dengan ini, penyelarasan kerja dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan seterusnya kos pengeluaran dapat dikurangkan
F5- PENGAGIHAN TUGAS, AUTORITI DAN TANGGUNGJAWAB
H- Pengurus mengagihkan tugas mengikut keupayaan dan kepakaran masing-masing, tugas yang diagihkan kepada pekerja seperti jurujual, juruwang, pembelian, promosi dan sebagainya haruslah diterangkan dengan jelas supaya sumber-sumber organisasi seperti peralatan, bahan mentah, kewangan dan sebagainya juga diagihkan kepada pekerja organisasi mengikut keperluan jabatan.
H- Autoriti dan tanggungjawab perlu diagihkan kepada pekerja agar mereka dapat menjalakan kerja dengan cekap dan berkesan agar mengetahui apa yang harus dilakukan oleh pengurus adalah memantau dan menyelaras aktiviti kerja agar ia dapat berjalan dengan lancar
C- Contohnya seorang juruwang harus diberi autoriti menerima dan menyimpan wang semasa perniagaan sedang berjalan. Penjaga setor perlu diberi kuasa untuk memeriksa stok barangan. Begitu juga, dengan jurujual, penghantar barang, kerani gaji dan sebagainya

KONSEP PENGORGANISASIAN

1 ulasan: