Khamis, 12 Januari 2017

BAB 4 PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 TARGET PANAS 2017

BAB 4 PEMBUATAN KEPUTUSAN

PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN RASIONAL [TARGET PANAS 2017]

F1- MENGENALPASTI MASALAH

H- Pengurus perlu memahami betul-betul adakah ia masalah sebenar atau tanda kepada masalah sebenar atau tanda kepada masalah. Umpamanya produk yang dikeluarkan kurang berkualiti. Adakah masalah sebenarnya adalah pekerja atau bahan yang kurang berkualiti digunakan

F2- MENGUTIP DATA

H- Pengurus perlu mendapatkan maklumat berhubung dengan masalah tersebut sebanyak mungkin. Maklumat yang diperolehi boleh bersumberkan maklumat dalaman organisasi atau maklumat luaran organisasi

F3- MENGANALISIS DATA

H- Menganalisis data merupakan tindakan pengurus membuat penilaian terhadap data yang diperolehi. Data yang diperolehi perlu dipastikan mempunyai kualiti dan boleh dipercayai dari aspek kesahihannya serta dapat menyelesaikan masalah

F4- MENJANA ALTERNATIF

H- Pihak pengurusan harus mencari alternatif-alternatif sebelum dapat membuat keputusan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Pengurus boleh berbincang dengan staf syarikat atau rakan konsultan untuk mendapatkan alternatif penyelesaian yang berkaitan

F5- MENILAI ALTERNATIF

H- Setelah menyenaraikan beberapa alternatif maka pengurus boleh membuat analisis yang cermat dan kritikal terhadap alternatif-alternatif tersebut. Alternatif yang tidak memberi penyelesaian yang baik akan dihapuskan

F6- MEMILIH ALTERNATIF


H- Pengurus harus memilih satu jalan penyelesaian yang terbaik dan dijadikan matlamat syarikat sebagai panduan

BAB 3 PENGAJIAN PERNIAGAAN

BAB 3 : KEMAHIRAN KOMUNIKASI

PROSES KOMUNIKASI [STPM P2 2016]

F1- PENGHANTAR
F2- ENKOD
F3- SALURAN
F4- DEKOD
F5- PENERIMA
F6- MAKLUM BALAS

HALANGAN KOMUNIKASI

F1- HALANGAN FIZIKAL

H- Sebarang gangguan fizikal yang wujud secara terus dan nyata dalam proses komunikasi akan memberi kesan kepada keberkesanan komunikasi. Contohnya gangguan telefon, bunyi mesin, bunyi kenderaan dan sebagainya

F2- HALANGAN PSIKOLOGIKAL

H- Halangan yang disebabkan oleh cara berfikir yang berlainan dan tanggapan yang berbeza antara pengirim dan penerima. Pekerja dalam organisasi mempunyai persepsi berbeza terhadap sesuatu isu . Ini mungkin disebabkan oleh nilai atau sikap yang berbeza. Contohnya seorang pengurus mencadangkan perubahan dalam kerja untuk meningkatkan kualiti produk. Tetapi pihak kesatuan menjangkakan perubahan kerja akan mengurangkan pekerja. Persepsi ini adalah berbeza anatara dua kumpulan

F3- HALANGAN SOSIOLOGIKAL

H- Halangan yang wujud dalam interaksi sosial dan budaya yang berbeza antara ahli-ahli masyarakat. Ia berkaitan dengan budaya, status dan latar belakang sosial ahli-ahli masyarakat. Perbezaan latar belakang seperti perbezaan umur, jantina , pangkat boleh menghalang keberkesanan komunikasi. Contohnya seorang pengurus berketurunan barat mengarahkan pekerja yang berketurunan Melayu dengan menggunakan pergerakkan badan seperti kaki, bagi pekerja mesej tersebut dianggap biadap, manakala pengurus pula adalah perkara biasa di negaranya.

F4- HALANGAN SEMANTIK


H- Halangan penggunaan perkataan yang mempunyai banyak makna yang berbeza. Satu perkataan yang sama tetapi memberi maksud yang berbeza kepada dua individu yang berlainan. Contohnya, seorang pengurus ingin menyampaikan arahan kepada pekerja asing yang baru datang ke negara ini, dimana pekerja tersebut tidak tahu berbahasa melayu dan inggeris

STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2

TEORI MOTIVASI [TARGET PANAS 2017] [BAHAGIAN C]

1) TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW

F1- KEPERLUAN FISIOLOGI

H- Merupakan keperluan asas manusia untuk terus hidup, keperluan ini adalah universal dan setiap manusia perlu mencapainya.

H- Implikasi dalam syarikat bahawa sebahagian pekerja akan berusaha bersungguh-sungguh jika ganjaran kewangan seperti gaji, upah, kenaikan gaji, komisen atau bonus disediakan untuk prestasi pekerja yang baik. Pendapatan yang mereka perolehi mampu memenuhi keperluan asas seperti membeli makanan, pakaian dan tempat tinggal


F2- KEPERLUAN KESELAMATAN

H- Untuk mengelakkan diri manusia daripada perkara yang boleh mencederakan atau menjejaskan masa depan mereka. Menurut Maslow, manusia akan mula mencari keperluan keselamatan apabila keperluan fisiologi sudah dipenuhi.

H- Implikasinya kepada syarikat adalah pekerja akan berasa selamat apabila mereka pasti bahawa mereka tidak akan dibuang kerja atau dipecat. Sebahagian organisasi menyediakan rumah untuk pekerja mereka, suasana kerja yang selamat, bersih , skim insurans, pencen dan sebagainya menjamin masa depan dan keselamatan pekerja

F3- KEPERLUAN SOSIAL

H- Berhubung dengan penerimaan kumpulan atau masyarakat terhadap seseorang individu , keperluan ini akan diusahakan apabila keperluan fisiologi dan keselamatan sudah dicapai. Manusia tidak dapat hidup sendiri sebaliknya memerlukan rakan-rakan atau kumpulan tertentu untuk berinteraksi

H- Implikasi kepada organisasi dimana pekerja di dalam organisasi akan dikelompokkan mengikut kepakaran dan diberi peluang untuk berinteraksi antara ahli kumpulan mereka. Mereka memerlukan rakan untuk bercakap, berbincang dan meluahkan masalah dari seluruh aspek hidup mereka. Sebahagian syarikat menyediakan persatuan dan mengadakan aktiviti sukan, riadah bagi membolehkan pekerja berinteraksi satu sama lain.


F4- KEPERLUAN PENGHARGAAN

H- Keperluan ini akan diburui setelah ketiga-tiga keperluan terdahulu tercapai. Pekerja akan berusaha kuat dan mempunyai motivasi dalaman akan lebih mudah mencapai tingkat keperluan ini. Keperluan ini berkaitan dengan penghargaan diri , penghormatan, status dan sebagainya

H- Implikasi dalam syarikat adalah keperluan ini dapat dicapai oleh pekerja sekiranya mereka diberi peluang dalam kenaikan pangkat, penghargaan kerja, surat pujian, ganjaran untuk pekerja terbaik, kenaikan pangkat dan lain-lain ganjaran


F5- KEPERLUAN PENCAPAIAN HASRAT DIRI

H- Keperluan ini adalah keperluan terakhir yang akan dipenuhi oleh manusia setelah keperluan lain tercapai. Keperluan ini berkaitan dengan penggunaan potensi diri atau bakat, kreativiti, kebebasan melaksana.


H- Implikasinya pekerja yang ingin memenuhi keperluan ini dipengaruhi oleh motivasi dalaman yang kuat dan pekerja seperti ini suka kepada pekerjaan yang mencabar, berorientasikan pencapaian, kreativiti, inovatif dan bercita-cita tinggi.

STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2. TARGET 2017

PROSES PENGORGANISASIAN [TARGET PANAS 2017] [BAHAGIAN C]
F1- PENENTUAN OBJEKTIF
H- Mengenalpasti matlamat organisasi dan objektif setiap jabatan dalam organisasi dan objektif perlu selari dengan usaha untuk mencapai matlamat organisasi.
C- Matlamat organisasi perniagaan yang ditetapkan oleh pengurus adalah untuk meningkatkan 10% keuntungan. Maka pengurus harus membentuk objektif pengorganisasian seperti meningkatkan koordinasi kerja agar kos pengeluaran dapat dikurangkan 5%. Objektif bahagian pemasaran pula adalah mengkordinasi usaha jurujual agar dapat meningkatkan jualan 20%. Oleh itu, objektif setiap jabatan juga boleh mewujudkan penyelarasan usaha pekerja dan melincinkan proses pengorganisasian
F2- PENGENALPASTIAN AKTIVITI
H- Mengenalpasti aktiviti-aktiviti perniagaan secara terperinci supaya memahami aktiviti-aktiviti tugas yang kritikal agar dapat membuat pengorganisasian dengan cekap dan berkesan
C- Aktiviti utama bagi sebuah perniagaan runcit pasar raya melibatkan penstoran, penyusunan, melayan pelanggan, pembelian, penghantaran, pembungkusan, kewangan, simpan kira-kira dan sebagainya
F3- PENGELASAN AKTIVITI
H- Membuat perincian segala aktiviti kerja mengikut kemahiran dan kecekapan pekerja dan pihak pengurusan
C- Dalam kes pasaraya di atas aktiviti yang terlibat boleh dikelaskan mengikut aktiviti jualan yang mungkin melibatkan berpuluh orang pekerja dan berbagai produk untuk dijual. Aktiviti bahagian setor yang mungkin melibatkan berbagai produk memandangkan pasaraya adalah perniagaan yang besar. Pengelasan aktiviti dibuat mengikut pengkhususan dan persamaan tugas
F4- PENGELOMPOKAN AKTIVITI
H- Pengurus mengumpul aktiviti mengikut kategori dan merancang pembahagian tugas-tugas yang telah dibuat pengelasan mengikut fungsi tertentu. Pengurus cuba mengelompokan aktiviti kerja mengikut kemahiran, kecekapan dan pengalaman pekerja
C- Contohnya seperti berdasarkan fungsi pemasaran, pengeluaran, kewangan dan pentadbiran. Kerja-kerja yang berkaitan dengan jualan, promosi, iklan, penghantaran dan lain-lain aktiviti yang relevan dikelompokkan di bawah fungsi jabatan pemasaran, begitu juga kerja-kerja yang lain boleh dikelompokkan mengikut fungsi yang berkaitan dan mudah diurus. Dengan ini, penyelarasan kerja dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan seterusnya kos pengeluaran dapat dikurangkan
F5- PENGAGIHAN TUGAS, AUTORITI DAN TANGGUNGJAWAB
H- Pengurus mengagihkan tugas mengikut keupayaan dan kepakaran masing-masing, tugas yang diagihkan kepada pekerja seperti jurujual, juruwang, pembelian, promosi dan sebagainya haruslah diterangkan dengan jelas supaya sumber-sumber organisasi seperti peralatan, bahan mentah, kewangan dan sebagainya juga diagihkan kepada pekerja organisasi mengikut keperluan jabatan.
H- Autoriti dan tanggungjawab perlu diagihkan kepada pekerja agar mereka dapat menjalakan kerja dengan cekap dan berkesan agar mengetahui apa yang harus dilakukan oleh pengurus adalah memantau dan menyelaras aktiviti kerja agar ia dapat berjalan dengan lancar
C- Contohnya seorang juruwang harus diberi autoriti menerima dan menyimpan wang semasa perniagaan sedang berjalan. Penjaga setor perlu diberi kuasa untuk memeriksa stok barangan. Begitu juga, dengan jurujual, penghantar barang, kerani gaji dan sebagainya

KONSEP PENGORGANISASIAN