Rabu, 24 Januari 2018

GEOGRAFI PENGGAL 1 - Teknik Menjawab Esei - 3

MAKSUD LULUHAWA KIMIA
Proses pereputan dan penyepaian batuan secara in-situ yang melibatkan agen atmosfera iaitu air hujan, bertindak balas apabila bergabung dengan gas karbon dioksida atau oksigen di udara akan menghasilkan asid lemah yang mereputkan batuan dan seterusnya mengubah saiz batuan dan kandungan mineralnya, berlaku di kawasan tropika yang lembap dan panas.
PENGARUH IKLIM DALAM MENENTUKAN KEBERKESANAN LULUHAWA KIMIA DI KAWASAN TROPIKA LEMBAP [15M]
            Faktor hujan. Kawasan tropika lembap menerima hujan lebat dengan purata yang tinggi antara 2000-2500mm setahun. Air hujan bertindak sebagai agen pelarut untuk proses larutan serta ion hidroksil untuk proses hidrolisis berlaku. Air hujan membekalkan pelbagai jenis asid untuk tindak balas kimia berlaku seperti asid karbonik, asid nitrit dan sulfurik.
            Faktor suhu. Purata suhu di kawasan tropika lembap juga adalah tinggi antara 27˚C- 33˚C sepanjang tahun di samping julat suhu harian yang kecil. Keadaan ini membolehkan tindak balas kimia berlaku dengan aktif tanpa gangguan
            Faktor kelembapan udara. Udara lembap membolehkan proses pembasahan batuan sepanjang masa untuk memudahkan berlaku tindak balas kimia. Udara lembap membolehkan pelbagai flora dapat hidup di atas batu seperti lumut dan paku pakis. Flora ini aktif menguraikan mineral batuan menerusi proses celasi
            Selain faktor iklim terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi keberkesanan luluhawa kimia di kawasan tropika lembap antaranya
            Faktor tumbuhan, tumbuhan litupan yang tebal. Tumbuhan berkanopi tebal seperti hutan hujan tropika berupaya untuk membekalkan sisa organik yang banyak bagi direputkan oleh mikroorganisma. Pereputan ini menghasilkan asid humik yang dapat mempercepatkan proses luluhawa kimia. Tumbuhan yang tebal juga menjamin kelembapan udara yang tinggi melalui proses transpirasi. Keadaan ini membolehkan batuan basah sepanjang masa.
            Geologi batuan yang lembut. Batuan yang lembut seperti batu kapur, riolit dan gipsum yang banyak terdapat di kawasan tropika lembap mengaktifkan luluhawa kimia dan biologi lagi. Mineral batuan yang lembut sangat aktif apabila menerima kehadiran air, asid dan ion. Batuan yang lembut mewujudkan banyak rekahan yang memudahkan larut resap air dan asid ke dalamnya untuk meningkatkan tindak balas kimia dan biologi.
            Faktor aspek. Berkaitan dengan cerun yang menghadap matahari maka batuannya lebih mudah mengalami pereputan. Cerun yang menghadap curahan hujan juga mudah mengalami pembasahan berbanding dengan cerun yang terlindung. Proses basah-kering yang berulang menyebabkan batuan mudah diuraikan secara kimia.
            Aktiviti manusia. Aktivti seperti penyahutanan mendedahkan batuan yang selama ini terlindung kepada agen luluhawa kimia seperti hujan, suhu dan keterikan cahaya matahari. Aktiviti pemotongan, peneresan dan perataan bukit serta perlombongan pasir mendedahkan batuan di permukaan bumi kepada agen-agen luluhawa kimia.



KEPENTINGAN HASIL LULUHAWA KIMIA TERHADAP AKTIVITI MANUSIA DI KAWASAN TROPIKA LEMBAP [10M]
            Aktiviti pertanian. Menyediakan tanih yang subur untuk pertanian seperti tanih lanar hasil proses hidrolisis untuk tanaman padi sawah dan tanih laterit hasil proses pengoksidaan untuk tanaman getah dan kelapa sawit. Membekalkan pelbagai mineral dan nutrien tanah seperti zat besi, nitrogen, fosforus, kalium, kalsium dan lain-lain.
            Aktiviti pelancongan. Pandang darat karst yang menjadi daya tarikan pelancong adalah hasil daripada luluhawa kimia seperti gua batu kapur, stalaktit dan stalakmit.Contoh Gua kelam di perlis dan Gua Niah di Sarawak.
            Aktiviti industri kecil dan sederhana. Luluhawa kimia menyediakan bahan mentah kepada IKS seperti pembuatan tembikar dari tanah liat yang terhasil menerusi proses hidrolisis. Industri kaca dari mineral silika dan kuartza terhasil melalui proses hidrolisis
            Aktiviti perlombongan. Perlombongan pasir untuk dijadikan bahan binaan terhasil melalui proses luluhawa kimia. Banyak terdapat di kawasan bekas lombong bijih timah di Selangor. Perlombongan tanah liat untuk dijadikan batu-bata juga terhasil melalui proses luluhawa kimia.
            Aktiviti pembinaan. Simen yang menjadi asas bahan binaan berpunca daripada batu kapur yang dihasilkan menerusi proses luluhawa kimia secara pengkarbonan. Begitu juga dengan pasir dan batu bata yang menjadi bahan binaan utama masa kini juga terbentuk melalui luluhawa kimia.
            Industri sarang burung dan tempat ibadat. Kawasan batu kapur seperti di dalam gua sesuai dijadikan habitat burung layang-layang. Industri sarang burung menjana pendapatan baharu negara. Kawasan gua batu kapur juga sering dijadikan kawasan ibadat penganut agama Hindu seperti di Batu Caves, Selangor
PUNCA TENAGA ENDOGENIK [TARGET 2017]
F1 – Berpunca semasa awal pembentukan planet ketika tenaga graviti diperoleh semasa mampatan jisim
F2- Bahan tenaga nukleus yang diperoleh dalam bahan mineral dalam kerak bumi seperti kalium, uranium dan torium
TIGA PROSES YANG BERPUNCA DARIPADA TENAGA ENDOGENIK
F1- Aktiviti pembentukan gunung berapi semasa lava, abu dan batuan yang dikeluarkan ketika berlaku letusan
F2- Kejadian gempa bumi semasa berlaku pergerakkan plat bumi sama ada plat benua atau plat lautan
F3- Kejadian sesar semasa kerak bumi diangkat atau tenggelam apabila berlaku retakan pada kerak bumi disertai oleh mampatan
PERGERAKKAN JISIM
Pergerakkan bahan regolit ke bawah cerun akibat tarikan graviti berlaku di kawasan tropika lembap meliputi proses aliran lambat dan aliran cepat.



HAKISAN SUNGAI
Hakisan sungai meliputi lelasan, lagaan, larutan dan tindakan hidraulik, berlaku proses pembentukan bentuk muka bumi hakisan sungai iaitu jeram, air terjun, jurang, lubuk pusar dan likuan sungai.
KEPENTINGAN BENTUK BUMI AKIBAT TINDAKAN SUNGAI
F1- Delta untuk pertanian
F2- Air terjun, jeram, tasik ladam untuk pelancongan dan rekreasi
F3- air terjun untuk penjanaan hidoelektrik
F4- Tasik ladam dan muara sungai untuk kegiatan akuakultur dan benting untuk perlombongan pasir
FAKTOR FIZIKAL PEMENDAPAN DAN HAKISAN PANTAI
F1 – Jenis ombak – ombak pembina menimbun pasir ,ombak pembinasa membawa keluar pasir
F2- Keadaan cerun pantai- curam atau landai
F3- Arah kedatangan ombak- menyerong atau bersudut tepat dengan pantai
LANGKAH YANG SESUAI UNTUK MENGELAK TINDAKAN HAKISAN OMBAK
F1- Penanaman semula pokok bakau, kelapa dan ru
F2- Pembinaan benteng penyimenan, penimbunan batuan besar.
MAKSUD TABURAN PENDUDUK
-          Taburan penduduk ialah sebaran atau agihan pnduduk di atas permukaan bumi. Sebaran ini menghasilkan taburan penduduk yang tidak sekata iaitu kawasan berpenduduk padat, kawasan berpenduduk sederhana padat, kawasan berpenduduk jarang
MAKSUD KEPADATAN PENDUDUK
-          Merupakan satu ukuran purata bilangan penduduk, jumlah penduduk di sesuatu kawasan dibahagikan dengan keluasan kawasan itu. Unitnya ialah bilangan penduduk per km²
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPADATAN PENDUDUK
            Bentuk muka bumi. Penduduk memilih kawasan tanah rata. Contohnya kawasan pantai barat semenanjung Malaysia lebih padat penduduk berbanding pantai timur kerana terdapatnya banjaran yang memisahkan kedua-duanya yang dikenali sebagai tulang belakang semenanjung malaysia
            Sumber alam. Kawasan pantai barat semenanjung Malaysia kaya dengan sumber alam yang menjadi daya tarikan penduduk. Misalnya, penemuan bijih timah di Perak, Kuala Lumpur dan Seremban menyebabkan ramai penduduk membanjiri kawasan berkenaan
            Faktor sosial. Penduduk juga tertumpu di kawasan yang mempunyai sosioekonomi yang baik. Di Malaysia, kawasan bandar yang mempunyai pelbagai kemudahan sosial dan pembangunan ekonomi yang baik menjadi pilihan penduduk
            Faktor ekonomi. Penduduk memilih untuk menetap di kawasan bandar berbanding kawasan luar bandar kerana peluang pekerjaan lebih banyak terdapat di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Ipoh dan Johor Bahru
            Sistem pengangkutan yang cekap turut memungkinkan lagi kemasukkan penduduk kerana darjah ketersampaian antara pantai timur dengan barat menjadi lebih cepat dan mudah.
KESAN KETIDAKSEIMBANGAN TABURAN PENDUDUK KE ATAS SUMBER ALAM
NEGATIF
            Kepadatan penduduk yang tinggi di bandar-bandar besar menimbulkan persaingan guna tanah meningkat dan saiz tanah untuk sesuatu kegiatan ekonomi semakin sempit.
            Perebutan guna tanah untuk pembangunan ekonomi seperti tapak industri, pembinaan lebuh raya, jalan raya dan sebagainya telah mewujudkan saiz tanah secara relatifnya semakin berkurangan dan berlaku peningkatan harga tanah.
            Pertukaran status tanah dari kawasan pertanian menjadi estet perumahan dan estet perindustrian bertujuan bagi menampung keperluan penduduk yang ramai. Akibatnya tekanan terhadap tanah pertanian meningkat dan saiz tani semakin sempit sehingga menjejaskan produktiviti pertanian.
            Kepupusan dan kemerosotan sumber alam. Bagi kawasan yang padat penduduk, sumber-sumber alam akan diancam kepupusan dan semakin berkurangan akibat eksploitasi yang berlebihan bagi menampung keperluan dan permintaan penduduk.
            Pembaziran sumber alam. Kawasan yang jarang penduduk seperti di Kelantan, Terengganu dan Pahang akan mengalami masalah tanah terbiar jika tidak diusahakan dengan baik.
KESAN POSITIF
            Pembangunan sumber alam akan meningkat. Bagi kawasan yang banyak penduduk, sumber-sumber alam yang ada dapat dibangunkan dengan cepat dan cekap kerana bekalan buruh yang mencukupi
KESAN KEPADATAN PENDUDUK TERHADAP ALAM SEKITAR FIZIKAL
-Tekanan terhadap sumber alam
-Kepupusan dan kemerosotan sumber alam
-pembaziran sumber alam
-pencemaran dan kerosakkan sumber alam
-pembangunan sumber alam akan meningkat kerana bekalan tenaga buruh yang banyak, murah, mencukupi
-Mengurangkan tekanan dan kemerosotan produktiviti di kawasan luar bandar yang dapat dikaitkan dengan migran penduduk ke bandar.



SEBAB PENDUDUK TERTUMPU DI KAWASAN BANDAR UTAMA
F- Sebagai pusat pentadbiran dan perniagaan yang menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk penduduk
F- Banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang industri, kewangan, perkhidmatan dan sebagainya
F- Pusat pendidikan awam dan swasta dalam pelbagai bidang untuk orang awam
F- Pusat pelancongan dan pengangkutan
F- Banyak kemudahan fizikal dan prasarana seperti perubatan, perumahan
KESAN NEGATIF KEPADATAN PENDUDUK TERHADAP ALAM SEKITAR FIZIKAL BANDAR
F – Masalah penyelenggaraan sampah sarap,pembentungan dan lain-lain akibat daripada penduduk terlalu padat tidak dapat ditampung oleh perkhidmatan bandar.
F- Masalah kesesakan dan pencemaran udara akibat terlalu banyak kenderaan di atas jalan raya
F- Hutan batu dan haba daripada kenderaan, perumahan dan kilang menyebabkan suhu bandar meningkat.
F- Kejadian banjir kilat dan pencemaran udara dan sungai hasil daripada pembuangan sektor perkilangan formal dan tidak formal
LANGKAH MENGELAKKAN KEPADATAN PENDUDUK DI BANDAR UTAMA
F- Rancangan penyelerakkan industri ke desa, pengembungan IKS dan penubuhan koridor industri kedua negara ke kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia
F- Menyekat kemasukkan penduduk sama ada penduduk tempatan atau pun tenaga buruh asing.
F- Menjalankan program kawalan penduduk
F- Memperbaiki kemudahan prasarana di kawasan luar bandar dan mendirikan IPT di kawasan luar bandar dapat mengelakkan kepadatan penduduk di bandar
KESAN PERTUMBUHAN PENDUDUK YANG PESAT TERHADAP SUMBER ALAM DI BANDAR
            Persaingan dalam guna tanah untuk petempatan,industri,dan jalan raya. Ini menyebabkan saiz tanah menjadi semakin sempit dan harga tanah menjadi semakin mahal.
            Wujud petempatan-petempatan baharu menyebabkan aktiviti penyahutanan iaitu kepupusan sumber hutan dan kerosakkan sumber tanah seperti hakisan tanah dan tanah runtuh
            Pelepasan asap kenderaan akibat pertambahan penduduk menyebabkan kualiti udara terjejas. Pelepasan asap kenderaan yang membebaskan karbon monoksida menjejaskan kesihatan manusia.
            Pembinaan bangunan tinggi dan pembakaran terbuka menyebabkan masalah jerebu. Jerebu menyebabkan kenaikan suhu mikro yang menghasilkan fenomena pulau haba yang menimbulkan rasa tidak selesa kepada penduduk
            Pencemaran bau akibat pembuangan sampah-sarap yang tidak teratur turut menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan penduduk di sekitarnya serta ancaman penyakit akibat gangguan lalat
            Pencemaran bunyi oleh kerja-kerja pembinaan bangunan, jalan serta bunyi oleh kerja-kerja pembinaan bangunan, jalan serta bunyi bising telah menimbulkan rasa tidak tenteram di kalangan penduduk
            Pencemaran air meliputi pencemaran sungai akibat pembuangan sisa domestik oleh penduduk bandar, pembuangan sisa domestik oleh penduduk bandar,pembuangan sisa kumbahan kilang yang menjejaskan kualiti air bersih dari sungai


PEMBANDARAN [TARGET 2017]
Pembandaran ialah proses perubahan sesuatu kawasan daripada luar bandar kepada bandar. Pembandaran berlaku apabila petempatan bandar berkembang menjadi bandar lebih besar dan bersifat kompleks.
MASALAH YANG DIHADAPI DI BANDAR
            Masalah perumahan. Masalah ini wujud kerana persaingan guna tanah amat sengit menyebabkan harga rumah menjadi mahal dan akhirnya tidak mampu dibeli oleh kebanyakkan penduduk bandar yang rata-rata berpendapatan rendah. Bahkan pembinaan rumah kos rendah amat sedikit, tidak sepadan dengan permintaan yang tinggi. Akhirnya menimbulkan masalah perumahan. Perkara ini diatasi dengan membina kawasan perumahan setinggan di celah-celah bangunan, landasan kereta api.
            Masalah persaingan, pengangguran dan kemiskinan. Kerana aliran migrasi desa bandar yang berlebihan. Rata-rata penghijrah yang masuk ke bandar-bandar berkenaan tidak mempunyai kemahiran dan kelulusan secukupnya, sedangkan pekerjaan di bandar memerlukan kelulusan yang tinggi. Banyak daripada mereka terpaksa menjalankan ekonomi tidak formal seperti menjaja dan menawarkan perkhidmatan sendiri yang menghasilkan pendapatan yang rendah.
            Masalah sosial. Penduduk bandar raya juga menghadapi masalah sosial seperti jenayah ragut, rompakan, penculikan ,pelacuran ,penyakit berjangkit dan lain-lain yang berkaitan di lokasi-lokasi tertentu dalam bandar. Misalnya di kawasan penempatan setinggan sering kali dikaitkan dengan sistem perparitan, pembentungan dan pelupusan sampah yang tidak terurus . Keadaan ini menyebabkan persekitaran persetingganan menjadi kotor seterusnya mempercepatkan perebakan penyakit seperti taun dan denggi.
            Masalah kesesakan lalu lintas. Penduduk menghadapi masalah kesesakan lalun lintas akibat terlalu banyak kenderaan di atas jalan raya. Kesesakan lalu lintas yang serius telah melambatkan masa perjalanan, darjah ketersampaian menjadi rendah, dan merugikan kos masa. Situasi ini memberi tekanan kepada penduduk yang terlibat
            Masalah kesihatan penduduk. Masalah ini berpunca daripada pencemaran alam sekitar yang begitu pesat di bandar dikaitkan dengan pencemaran udara,air dan bunyi. Berpunca daripada kenderaan, perindustrian dan pembakaran sampah sampah dan pelupusan sisa toksik yang tidak sistematik menyebabkan kesihatan penduduk di bandar terjejas. Antaranya penyakit batuk, asma , lelah, sakit mata dan penyakit kulit



HAKISAN PANTAI – CARA MENGATASI HAKISAN PANTAI
            Hakisan pantai boleh dikurangkan dengan kuat kuasa undang-undang. Denda harus dikenakan kepada pengusaha yang menjalankan projek pembinaan tanpa kawalan di kawasan pinggir pantai. Pembinaan projek ini boleh menambahkan lagi proses hakisan bertambah di pinggir pantai
            Kempen kesedaran dalam kalangan masyarakat boleh membantu mengurangkan proses hakisan pinggir pantai. Kempen ini boleh dijalankan oleh kerajaan dan badan NGO seperti MNS dan WWF Malaysia. Dengan adanya penglibatan masyarakat dan badan tersebut diharap timbul kesedaran tentang penjagaan alam sekitar, terutama kawasan pantai yang banyak membawa faedah kepada manusia dan ekonomi negara
            Pendidikan juga boleh mengurangkan masalah hakisan pantai. Pendidikan boleh diajar sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Pendidikan formal boleh didapati di sekolah dalam mata pelajaran Geografi dan Sains. Dengan adanya pendidikan ini secara tak langsung akan menanam sikap mencintai alam sekitar dalam kalangan generasi muda
            Kejadian hakisan pantai dapat dikurangkan dengan membina tembak di tepi pantai. Tembok yang dibina akan menghalang ombak dari mara ke arah pantai dan menyebabkan proses hakisan bertambah hebat. Air ombak menyebabkan proses hakisan bertambah hebat. Air ombak akan pecah di tembok dan menjadi lembah sehingga menyukarkan dan mengurangkan proses hakisan berlaku.
            Menanam semula pokok bakau yang ditebang merupakan satu usaha yang baik untuk mengurangkan proses hakisan. Akar pokok akan memegang pasir pantai daripada terhakis. Malahan akar pokok bakau akan bertindak sebagai penghalang kepada proses kemaraan air laut daripada memukul pantai dan menyebabkan hakisan
TIGA FAKTOR PERTUMBUHAN PENDUDUK
F1- Kadar kelahiran yang merujuk bilangan bayi yang dilahirkan bagi setiap 1 000 orang dalam setahun
F2- Kadar kematian merujuk bilangan orang yang mati bagi setiap 1 000 orang dalam setahun
F3- Migrasi bersih merujuk jumlah migrasi masuk ditolak jumlah migrasi keluar dalam sesebuah negara.











MENGAPA MALAYSIA MENJADI DESTINASI MIGRAN ANTARABANGSA PADA MASA KINI
          Sebab pertama mengapa Malaysia menjadi destinasi migran antarabangsa kini ialah dipengaruhi oleh faktor ekonomi. Malaysia hari ini menjadi tarikan peluang pekerjaan dan perniagaan dalam kalangan masyarakat dunia hari ini sama ada dalam sektor pembinaan , perindustrian ataupun pertanian. Banyak berlaku globalisasi buruh seperti dari Indonesia, Filipina dan Bangladesh. Kedatangan mereka dibawa oleh tawaran gaji yang lumayan daripada tempat asal dan nilai wang negara Malaysia lebih tinggi berbanding negara asal.
            Sebab kedua adalah faktor sosial yang dimiliki oleh negara Malaysia berbanding dengan negara asal. Apabila mereka berada di Malaysia, kualiti hidup mereka lebih baik. Mereka disediakan rumah sewa dan makanan oleh majikan syarikat di mana mereka bekerja. Malah semua kemudahan asas juga dapat dinikmati bersama rakyat tempatan seperti kemudahan kesihatan yang murah, sistem pengangkutan dan perhubungan yang ada di persekitaran mereka.
            Sebab yang ketiga ialah faktor governan, iaitu dasar kerajaan sendiri yang menggalakkan kedatangan buruh asing bagi memenuhi permintaan tenaga buruh dari sektor tertentu yang tidak dapat dipenuhi oleh rakyat tempatan. Sektor yang kritikal seperti pembinaan dan perladangan memerlukan bilangan tenaga buruh yang banyak.Tanpa tenaga buruh asing, sektor ini akan terjejas atas sikap buruh tempatan yang kurang berminat dalam sektor ini. Oleh itu, pihak kerajaan telah memudahkan urusan pengeluaran permit kerja dan visa bagi rakyat asing bekerja dalam sektor ini
            Sebab yang keempat adalah faktor politik yang terdapat di Malaysia lebih aman berbanding di negara asal. Malaysia bebas daripada ancaman dan kekacauan politik sama ada daripada kumpulan tertentu dalam negara atau kuasa-kuasa besar dunia. Malaysia mengamalkan negara aman,bebas dan berkecuali telah menjamin kestabilan politik negara. Terdapat dalam kalangan pemimpin negara yang bijak menangani masalah yang dicetuskan oleh pihak tertentu sehingga keamanan negara dapat dikecapi dan menggalakkan kedatangan buruh asing
            Sebab yang kelima adalah faktor bebas daripada bencana alam yang serius dan besar sehingga boleh memusnahkan ekonomi negara khasnya. Malaysia bebas daripada ancaman gempa bumi, letusan gunung berapi,tsunami walaupun tidak secara menyeluruh. Namun begitu keadaan tersebut jauh lebih teruk yang dialami di negara asal. Letusan gunung berapi telah memusnahkan hasil pertanian dan kampung halaman mereka sehingga memakan masa dan bantuan besar untuk memulihkan keadaan asal











KESAN KEMASUKAN MIGRAN ANTARABANGSA TERHADAP SOSIOEKONOMI MALAYSIA.
            Kesan negatif yang pertama ialah berlakunya peningkatan kepada masalah sosial. Kemasukkan buruh asing menyebabkan berlaku kejadian jenayah seperti pecah rumah, kecurian, rogol dan membunuh yang dilakukan oleh penjenayah warga asing ini terhadap warga tempatan atau sesama meraka atas sebab dendam dan inginkan kesenangan yang lebih lumayan. Terdapat juga sedikit menjadikan gadis-gadis tempatan sebagai keldai dadah. Hal ini dikaitkan dengan gadis-gadis tempatan yang ingin kemewahan hidup dan cepat termakan pujukan cinta daripada warga asing yang menjanjikan kemewahan.
            Kesan negatif yang kedua adalah berlakunya fenomena setinggan di kawsan tanah rezab kerajaan atau tanah persendirian yang tidak ada penghuni atau tanah kosong. Pembinaan kawasan setinggan ini disebabkan mereka suka hidup dalam kelompok yang sama supaya dapat mengamalkan cara hidup yang sama dengan negara asal. Di sini berlaku penularan wabak penyakit disebabkan alam sekitar yang tercemar seperti pembuangan sampah yang tidak teratur, bekalan air yang tidak bersih dan banyak lagi masalah yang dialami di kawasan setinggan ini. Malah ramai dalam kalangan mereka yang tidak mampu untuk menyewa rumah, khususnya di bandar-bandar besar.
            Kesan negatif yang ketiga adalah berlaku persaingan buruh dengan penduduk tempatan. Pihak majikan tempatan terutama dalam sektor pembinaan dan pertanian lebih suka mengajikan buruh asing daripada buruh tempatan. Sikap majikan yang begini disebabkan buruh asing sanggup bekerja dengan gaji yang jauh lebih murah daripada buruh tempatan yang banyak prasyarat yang perlu dipatuhi dan dilindungi oleh akta buruh. Selain itu, sikap buruh tempatan yang memilih pekerjaan juga menyebabkan banyak majikan yang kurang senang mengambil buruh tempatan berbanding dengan buruh asing.
            Kesan negatif seterusnya ialah berlaku pengaliran keluar wang negara. Buruh asing yang bekerja di Malaysia akan menghantar wang gaji mereka ke negara asal untuk diberi kepada keluarga mereka bagi menyara hidup mereka di negara asal. Oleh itu, wang tidak berkitar dalam negara untuk membangunkan sektor ekonomi negara dan tidak menyumbang kepada kesejahteraan sosioekonomi penduduk tempatan. Situasi ini terus merugikan negara jika tidak dibendung kedatangan dan kemasukan migran antarabangsa bekerja di Malaysia.
            Namun begitu, kedatangan dan kemasukkan buruh asing ini bukan sahaja membawa kesan negatif. Kesan positif tetap juga wujud dan ada serta mendatangkan faedah kepada pembangunan negara dan meluaskan pasaran domestik.
            Kesan positif kemasukkan buruh migran antarabangsa boleh menyebabkan sektor pembinaan infrstruktur dan pertanian berkembang pesat. Hal ini kerana kekurangan buruh akibat keenaganan buruh tempatan bekerja dalam sektor ini boleh ditampung oleh pekerja asing yang jauh lebih murah kadar upahnya. Akhinrya secara tidak langsung boleh meningkatkan KDNK dan pendapatan negara dalam semua sektor hasil daripada cukai yang dibayar oleh sektor ini.
            Kesan positif yang terakhir adalah meluaskan pasaran domestik. Hasil pengeluaran negara tidak sahaja dibeli oleh rakyat tempatan, malah turut dibeli oleh rakyat asing, terutamanya barangan keperluan harian. Akhirnya kuasa beli domestik akan meningkat. Ekonomi negara akan berkembang pesat akibat perbelanjaan yang dikeluarkan dan seterusnya rantaian ekonomi terus berkembang maju setanding negara maju yang lain.


SEBAB PENURUNAN PERTUMBUHAN PENDUDUK LUAR BANDAR MALAYSIA PADA MASA KINI [10M]
            Penurunan kadar kesuburan. Kadar kesuburan berkurang akibat peningkatan umur perkahwinan dari belasan tahun kepada usia 20-an. Penduduk menerima tahap pendidikan yang lebih tinggi, pasca menengah menyebabkan usia perkahwinan dilewatkan. Hal ini mempengaruhi tahap kesuburan
            Kejayaan program perancangan keluarga. Keberkesanan program perancangan keluarga kerana penduduk luar bandar yang semakin berpendidikan telah melaksanakan kempen menjarakkan kelahiran. Melalui kaedah pil perancang, penggunaan kondom, teknik AUD dapat menjarakkan kelahiran
            Golongan wanita semakin bekerjaya. Peningkatan golongan wanita luar bandar yang bekerjaya. Selepas tamat pengajian tinggi golongan ini kebanyakkan bekerja di bandar dalam pelbagai sektor perkilangan dan perkhidmatan menyebabkan berlakunya mereka berhijrah ke bandar dan menyebabkan lambat berkahwin
            Migrasi ke bandar. Golongan muda berhijrah ke bandar untuk bekerja, berkahwin dan menetap di bandar menyebabkan kadar kelahiran tinggi di bandar. Tetapi yang tinggal di luar bandar adalah golongan tua yang tidak produktif lagi. Kesannya kadar kelahiran di luar bandar menurun.
            Kos hidup meningkat. Kawasan luar bandar juga mengalami peningkatan kos sara hidup terutama untuk membeli barangan dan mendapatkan perkhidmatan harian. Penduduk luar bandar tidak mampu untuk memiliki saiz keluarga yang besar. Oleh itu, mereka menjarakkan kelahiran
PROSES GEOMORFOLOGI YANG DIPENGARUHI OLEH TENAGA ENDOGENIK [15M]
            Proses isostasi. Pada asasnya lapisan kerak bumi berada di atas lapisan mantel yang bersifat separa cair dan elastik. Pertambahan berat beban di atas permukaan bumi seperti pertambahan litupan ais boleh menyebabkan blok bumi turun. Sekiranya beban di atas permukaan bumi berkurang, maka blok bumi boleh terangkat semula.
            Proses orogenesis. Proses perlipatan yang dialami oleh lapisan kerak bumi yang mengahasilkan banjaran gunung lipat. Terhasil apabila adanya daya tolakan dari kiri dan kanan yang dialami oleh lapisan kerak bumi. Akibat daya tolakan ini, ada lapisan kerak bumi yang terlipat membentuk banjaran gunung dan ada lapisan kerak bumi yang terlendut yang membentuk lurah.
            Proses gelinciran atau sesaran. Berpunca daripada daya himpitan dan regangan yang dialami oleh lapisan kerak bumi. Kesannya, ada blok bumi yang terangkat membentuk gunung bongkah dan ada blok bumi yang membentuk lurah gelinciran
            Proses seismik. Berpunca daripada gegaran yang dialami oleh kerak bumi apabila berlaku perlanggaran atau pencapahan plat-plat tektonik. Pelanggaran ini membebaskan tenaga dan gelombang seismik yang mampu untuk menggegar dan meretakkan lapisan kerak bumi.
            Proses volkanik. Merujuk kepada pergerakkan keluar asap, debu, piroklas dan lava dari lohong gunung berapi apabila berlaku letusan gunung berapi. Dengan adanya kuasa tolakan, maka bahan gunung berapi tersebut dihambur keluar melalui lohong gunung berapi. Proses ini seterusnya membentuk pelbagai bentuk muka bumi jalar luar dan jalar dalam.






KEPENTINGAN BENTUK MUKA BUMI YANG TERHASIL AKIBAT PROSES ENDOGENIK TERHADAP AKTIVITI MANUSIA
            Pertanian. Kawasan lembah hasil daripada lipatan muka bumi menjadi kawasan pertanian dan pembinaan petempatan. Lava gunung berapi menyediakan tanah yang subur untuk tanaman padi sawah yang ditanam di lereng-lereng bukit seperti di Indonesia dan Filipina
            Pelancongan. Kawasan pergunungan tinggi hasil daripada proses lipatan menjadi daya tarikan pelancong seperti banjaran Himalaya yang terletak Gunung Everest. Begitu juga dengan muka bumi gelinciran yang menghasilkan air terjun yang menjadi kawasan pelancongan seperti air terjun Niagara.Tinggalan gunung berapi juga dijadikan kawasan pelancongan seperti Danau Toba Indonesia
            Proses gelinciran. Aktiviti metamorfosisme menghasilkan batuan bernilai tinggi seperti batu marmar dan intan untuk pembinaan dan perhiasan. Kawasan gunung berapi menjadi sumber tenaga geoterma yang boleh dijana untuk bekalan elektrik kepada penduduk
            Proses seismik. Penyelidikan aktiviti seismik dan volkanik untuk meramalkan kesan yang bakal diterima oleh manusia. Batu gunung berapi dan lumpur gunung berapi menjadi sumber perubatan untuk kulit.
            Kemusnahan harta benda dan ancaman nyawa. Kejadian gempa bumi dan gunung berapi boleh membunuh manusia secara tiba-tiba dengan jumlah yang ramai. Gempa bumi menyebabkan kerosakkan infrastruktur seperti jalan raya, jambatan, bangunan, tempat kediaman.
KONSEP TRANSFORMASI DESA
Perubahan ruang fizikal dan sosioekonomi sesebuah petempatan desa melalui proses pemodenan, pembangunan dan pembandaran. Perubahan ini berlaku terhadap guna tanah, kemudahan asas, pengangkutan dan pemodenan sikap.
PETUNJUK TRANSFORMASI DESA
-          Peningkatan KDNK per kapita pendudk
-          Peningkatan kemudahan asas, air, utiliti
-          Peningkatan darjah ketarsampaian
-          Peningkatankemudahan dan kemudahan sosial
STRATEGI PEMBANGUNAN DESA
F- Pembangunan insitu. Menekankan pembangunan fizikal dan infrastruktur desa seperti bekalan air, elektrik,jalan raya dan projek perumahan rakyat termiskin.
F- PROJEK PEMBANGUNAN PERTANIAN BERSEPADU. Pakej pembangunan pertanian desa secara bersepadu menggabungkan pelbagai agensi pembangunan.Antaranya pertanian berkelompok
F- PEMBANGUNAN WILAYAH SECARA KHUSUS. Pemabngunan tanah pertanian untuk perladangan kelapa sawit dan getah di bawah FELDA. Contohnya KEJORA, KESEDAR
F- PERINDUSTRIAN DESA- Memajukan IKS di kawasan desa dan juga menyebarkan cawangan-cawangan industri di zon pinggir bandar
F- PEMBANDARAN DESA- memajukan dan menaikkan pekan-pekan berpotensi menjadi bandar baharu di kawasan luar bandar.SPT pembangunan sosial desa seperti kemudahan rekreasi dan komuniti serta internet desa

GEOGRAFI PENGGAL 1 - Teknik Menjawab Esei

PEREDARAN BUMI
            Peredaran bumi menyebabkan kejadian empat musim. Peredaran bumi mengelilingi matahari serta kecondongan paksinya mengakibatkan berlakunya kejadian empat musim dalam setahun, iaitu musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk yang paling nyata di kawasan garis lintang sederhana. Kejadian ini tidak berlaku di kawasan tropika kerana matahari sentiasa berada tinggi di langit dan julat suhu tahunan yang rendah. Di kawasan Garisan Artik dan Antartik musim bunga dan musim luruh sangat pendek tetapi musim panas dan musim sejuk yang panjang.
          Menyebabkan perbezaan panjang waktu siang dan malam. Peredaran bumi mengelilingi matahari dan kecondongan paksinya menyebabkan terdapatnya perbezaan panjang waktu siang dan malam pada masa yang berlainan dalam setahun. Pada waktu ekuinoks (21 Mac dan 23 September) semua tempat di dunia kecuali Kutub Utara dan Kutub Selatan mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang kerana matahari berada tegak di atas Garisan Khatulistiwa. Pada musim panas, siang lebih panjang daripada malam di hemisfera utara, manakala hemisfera selatan mengalami musim sejuk dan mengalami waktu malam yang lebih panjang dari siang. Pada musim sejuk, waktu malam lebih panjang daripada  waktu siang di hemisfera utara, manakala hemisfera selatan mengalami musim panas dan waktu siang yang lebih panjang daripada waktu malam.

          Berlaku perubahan ketinggian matahari tengah hari di langit. Peredaran bumi mengelilingi matahari serta kecondongan paksinya menyebabkan ketinggian matahari berubah mengikut latitud pada waktu yang berlainan dalam setahun, ini menampakkan matahari seolah-olah bergerak tetapi tidak. Pada 21 Mac (Ekuinoks musim bunga di Hemisfera Utara) matahari berada tegak atas kepala di Garisan khatulistiwa pada waktu tengah hari. Pada 21 Jun (Solstis musim panas di Hemisfera Utara) matahari tegak di atas kepala di Garisan Sartan pada waktu tengah hari. Pada 23 September (ekuinoks musim luruh di Hemisfera Utara) matahari sekali lagi berada tegak di atas kepala di Garisan Khatulistiwa pada waktu tengah hari. Pada 22 Disember (solstis musim sejuk di Hemisfera Utara) matahari berada tegak atas kepala di Garisan Jadi pada waktu tengah hari

Geografi 2018 PENGGAL 1 - Contoh Jawapan STPM 2018

BAHAGIAN A

PERGERAKKAN BUMI

Putaran bumi menyebabkan kejadian.
            Pergerakkan bumi menyebabkan putaran bumi di mana berlakunya proses siang dan malam. Putaran bumi di atas paksinya mengakibatkan hanya satu bahagian bumi menerima cahaya matahari dan satu bahagian yang lain akan berada dalam kegelapan pada waktu tertentu. Bahagian yang menghadap matahari mengalami waktu siang manakala bahagian yang membelakangi matahari mengalami waktu malam.
        Berlakunya kejadian fajar dan senja. Kejadian fajar ialah waktu singkat antara terbitnya matahari dengan waktu siang. Sementara senja ialah waktu singkat antara terbenamnya matahari semasa berada di kaki langit pada waktu petang. Fajar dan senja berlaku disebabkan pembiasan cahaya matahari semasa berada di kaki langit.
        Berlaku perbezaan waktu tempatan. Bumi membuat satu putaran lengkap, iaitu 360˚ dalam masa 24 jam. Oleh itu, bumi berputar sebanyak 15˚ longitud dalam masa satu jam (360˚/24 jam)  atau 1˚ longitud dalam masa 4 minit (1˚ longitud/24jam)
        Berlaku kejadian air pasang dan air surut setiap hari. Air pasang dan surut berlaku sebanyak dua kali dalam masa 24 jam kesan daripada putaran bumi ianya merujuk kepada kejadian aras air tinggi dan air rendah di laut disebabkan tarikan graviti bulan dan matahari.

        Berlakunya pembiasaan angin dan arus lautan. Putaran bumi mengakibatkan pembiasan angin dan arus ke arah kanan di hemisfera utara menyebabkan pergerakkan angin dan arus mengikut arah pusingan jam, manakala hemisfera selatan pula berlaku pembiasan angin dan arus ke arah kiri mengakibatkan gerakan angin dan arus mengikut arah bertentangan dengan arah pusingan jam.

Khamis, 12 Januari 2017

BAB 4 PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 TARGET PANAS 2017

BAB 4 PEMBUATAN KEPUTUSAN

PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN RASIONAL [TARGET PANAS 2017]

F1- MENGENALPASTI MASALAH

H- Pengurus perlu memahami betul-betul adakah ia masalah sebenar atau tanda kepada masalah sebenar atau tanda kepada masalah. Umpamanya produk yang dikeluarkan kurang berkualiti. Adakah masalah sebenarnya adalah pekerja atau bahan yang kurang berkualiti digunakan

F2- MENGUTIP DATA

H- Pengurus perlu mendapatkan maklumat berhubung dengan masalah tersebut sebanyak mungkin. Maklumat yang diperolehi boleh bersumberkan maklumat dalaman organisasi atau maklumat luaran organisasi

F3- MENGANALISIS DATA

H- Menganalisis data merupakan tindakan pengurus membuat penilaian terhadap data yang diperolehi. Data yang diperolehi perlu dipastikan mempunyai kualiti dan boleh dipercayai dari aspek kesahihannya serta dapat menyelesaikan masalah

F4- MENJANA ALTERNATIF

H- Pihak pengurusan harus mencari alternatif-alternatif sebelum dapat membuat keputusan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Pengurus boleh berbincang dengan staf syarikat atau rakan konsultan untuk mendapatkan alternatif penyelesaian yang berkaitan

F5- MENILAI ALTERNATIF

H- Setelah menyenaraikan beberapa alternatif maka pengurus boleh membuat analisis yang cermat dan kritikal terhadap alternatif-alternatif tersebut. Alternatif yang tidak memberi penyelesaian yang baik akan dihapuskan

F6- MEMILIH ALTERNATIF


H- Pengurus harus memilih satu jalan penyelesaian yang terbaik dan dijadikan matlamat syarikat sebagai panduan

BAB 3 PENGAJIAN PERNIAGAAN

BAB 3 : KEMAHIRAN KOMUNIKASI

PROSES KOMUNIKASI [STPM P2 2016]

F1- PENGHANTAR
F2- ENKOD
F3- SALURAN
F4- DEKOD
F5- PENERIMA
F6- MAKLUM BALAS

HALANGAN KOMUNIKASI

F1- HALANGAN FIZIKAL

H- Sebarang gangguan fizikal yang wujud secara terus dan nyata dalam proses komunikasi akan memberi kesan kepada keberkesanan komunikasi. Contohnya gangguan telefon, bunyi mesin, bunyi kenderaan dan sebagainya

F2- HALANGAN PSIKOLOGIKAL

H- Halangan yang disebabkan oleh cara berfikir yang berlainan dan tanggapan yang berbeza antara pengirim dan penerima. Pekerja dalam organisasi mempunyai persepsi berbeza terhadap sesuatu isu . Ini mungkin disebabkan oleh nilai atau sikap yang berbeza. Contohnya seorang pengurus mencadangkan perubahan dalam kerja untuk meningkatkan kualiti produk. Tetapi pihak kesatuan menjangkakan perubahan kerja akan mengurangkan pekerja. Persepsi ini adalah berbeza anatara dua kumpulan

F3- HALANGAN SOSIOLOGIKAL

H- Halangan yang wujud dalam interaksi sosial dan budaya yang berbeza antara ahli-ahli masyarakat. Ia berkaitan dengan budaya, status dan latar belakang sosial ahli-ahli masyarakat. Perbezaan latar belakang seperti perbezaan umur, jantina , pangkat boleh menghalang keberkesanan komunikasi. Contohnya seorang pengurus berketurunan barat mengarahkan pekerja yang berketurunan Melayu dengan menggunakan pergerakkan badan seperti kaki, bagi pekerja mesej tersebut dianggap biadap, manakala pengurus pula adalah perkara biasa di negaranya.

F4- HALANGAN SEMANTIK


H- Halangan penggunaan perkataan yang mempunyai banyak makna yang berbeza. Satu perkataan yang sama tetapi memberi maksud yang berbeza kepada dua individu yang berlainan. Contohnya, seorang pengurus ingin menyampaikan arahan kepada pekerja asing yang baru datang ke negara ini, dimana pekerja tersebut tidak tahu berbahasa melayu dan inggeris