



F1-
KEPERLUAN FISIOLOGI
H- Merupakan keperluan asas manusia untuk terus hidup, keperluan ini adalah
universal dan setiap manusia perlu mencapainya.
H- Implikasi dalam syarikat bahawa sebahagian pekerja akan berusaha
bersungguh-sungguh jika ganjaran kewangan seperti gaji, upah, kenaikan gaji,
komisen atau bonus disediakan untuk prestasi pekerja yang baik. Pendapatan yang
mereka perolehi mampu memenuhi keperluan asas seperti membeli makanan, pakaian
dan tempat tinggal
F2-
KEPERLUAN KESELAMATAN
H- Untuk mengelakkan diri manusia daripada perkara yang boleh mencederakan
atau menjejaskan masa depan mereka. Menurut Maslow, manusia akan mula mencari
keperluan keselamatan apabila keperluan fisiologi sudah dipenuhi.
H- Implikasinya kepada syarikat adalah pekerja akan berasa selamat apabila
mereka pasti bahawa mereka tidak akan dibuang kerja atau dipecat. Sebahagian
organisasi menyediakan rumah untuk pekerja mereka, suasana kerja yang selamat,
bersih , skim insurans, pencen dan sebagainya menjamin masa depan dan
keselamatan pekerja
F3-
KEPERLUAN SOSIAL
H- Berhubung dengan penerimaan kumpulan atau masyarakat terhadap seseorang
individu , keperluan ini akan diusahakan apabila keperluan fisiologi dan
keselamatan sudah dicapai. Manusia tidak dapat hidup sendiri sebaliknya
memerlukan rakan-rakan atau kumpulan tertentu untuk berinteraksi
H- Implikasi kepada organisasi dimana pekerja di dalam organisasi akan
dikelompokkan mengikut kepakaran dan diberi peluang untuk berinteraksi antara
ahli kumpulan mereka. Mereka memerlukan rakan untuk bercakap, berbincang dan
meluahkan masalah dari seluruh aspek hidup mereka. Sebahagian syarikat
menyediakan persatuan dan mengadakan aktiviti sukan, riadah bagi membolehkan
pekerja berinteraksi satu sama lain.
F4-
KEPERLUAN PENGHARGAAN
H- Keperluan ini akan diburui setelah ketiga-tiga keperluan terdahulu
tercapai. Pekerja akan berusaha kuat dan mempunyai motivasi dalaman akan lebih
mudah mencapai tingkat keperluan ini. Keperluan ini berkaitan dengan
penghargaan diri , penghormatan, status dan sebagainya
H- Implikasi dalam syarikat adalah keperluan ini dapat dicapai oleh pekerja
sekiranya mereka diberi peluang dalam kenaikan pangkat, penghargaan kerja,
surat pujian, ganjaran untuk pekerja terbaik, kenaikan pangkat dan lain-lain
ganjaran
F5-
KEPERLUAN PENCAPAIAN HASRAT DIRI
H- Keperluan ini adalah keperluan terakhir yang akan dipenuhi oleh manusia
setelah keperluan lain tercapai. Keperluan ini berkaitan dengan penggunaan
potensi diri atau bakat, kreativiti, kebebasan melaksana.
H- Implikasinya pekerja yang ingin memenuhi keperluan ini dipengaruhi oleh
motivasi dalaman yang kuat dan pekerja seperti ini suka kepada pekerjaan yang
mencabar, berorientasikan pencapaian, kreativiti, inovatif dan bercita-cita
tinggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan