Khamis, 12 Januari 2017

BAB 4 PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 TARGET PANAS 2017

BAB 4 PEMBUATAN KEPUTUSAN

PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN RASIONAL [TARGET PANAS 2017]

F1- MENGENALPASTI MASALAH

H- Pengurus perlu memahami betul-betul adakah ia masalah sebenar atau tanda kepada masalah sebenar atau tanda kepada masalah. Umpamanya produk yang dikeluarkan kurang berkualiti. Adakah masalah sebenarnya adalah pekerja atau bahan yang kurang berkualiti digunakan

F2- MENGUTIP DATA

H- Pengurus perlu mendapatkan maklumat berhubung dengan masalah tersebut sebanyak mungkin. Maklumat yang diperolehi boleh bersumberkan maklumat dalaman organisasi atau maklumat luaran organisasi

F3- MENGANALISIS DATA

H- Menganalisis data merupakan tindakan pengurus membuat penilaian terhadap data yang diperolehi. Data yang diperolehi perlu dipastikan mempunyai kualiti dan boleh dipercayai dari aspek kesahihannya serta dapat menyelesaikan masalah

F4- MENJANA ALTERNATIF

H- Pihak pengurusan harus mencari alternatif-alternatif sebelum dapat membuat keputusan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Pengurus boleh berbincang dengan staf syarikat atau rakan konsultan untuk mendapatkan alternatif penyelesaian yang berkaitan

F5- MENILAI ALTERNATIF

H- Setelah menyenaraikan beberapa alternatif maka pengurus boleh membuat analisis yang cermat dan kritikal terhadap alternatif-alternatif tersebut. Alternatif yang tidak memberi penyelesaian yang baik akan dihapuskan

F6- MEMILIH ALTERNATIF


H- Pengurus harus memilih satu jalan penyelesaian yang terbaik dan dijadikan matlamat syarikat sebagai panduan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan