Rabu, 24 Januari 2018

Geografi 2018 PENGGAL 1 - Contoh Jawapan STPM 2018

BAHAGIAN A

PERGERAKKAN BUMI

Putaran bumi menyebabkan kejadian.
            Pergerakkan bumi menyebabkan putaran bumi di mana berlakunya proses siang dan malam. Putaran bumi di atas paksinya mengakibatkan hanya satu bahagian bumi menerima cahaya matahari dan satu bahagian yang lain akan berada dalam kegelapan pada waktu tertentu. Bahagian yang menghadap matahari mengalami waktu siang manakala bahagian yang membelakangi matahari mengalami waktu malam.
        Berlakunya kejadian fajar dan senja. Kejadian fajar ialah waktu singkat antara terbitnya matahari dengan waktu siang. Sementara senja ialah waktu singkat antara terbenamnya matahari semasa berada di kaki langit pada waktu petang. Fajar dan senja berlaku disebabkan pembiasan cahaya matahari semasa berada di kaki langit.
        Berlaku perbezaan waktu tempatan. Bumi membuat satu putaran lengkap, iaitu 360˚ dalam masa 24 jam. Oleh itu, bumi berputar sebanyak 15˚ longitud dalam masa satu jam (360˚/24 jam)  atau 1˚ longitud dalam masa 4 minit (1˚ longitud/24jam)
        Berlaku kejadian air pasang dan air surut setiap hari. Air pasang dan surut berlaku sebanyak dua kali dalam masa 24 jam kesan daripada putaran bumi ianya merujuk kepada kejadian aras air tinggi dan air rendah di laut disebabkan tarikan graviti bulan dan matahari.

        Berlakunya pembiasaan angin dan arus lautan. Putaran bumi mengakibatkan pembiasan angin dan arus ke arah kanan di hemisfera utara menyebabkan pergerakkan angin dan arus mengikut arah pusingan jam, manakala hemisfera selatan pula berlaku pembiasan angin dan arus ke arah kiri mengakibatkan gerakan angin dan arus mengikut arah bertentangan dengan arah pusingan jam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan